PROSEDUR TERJEMAHAN

    NEWMARK (1988)


      Antara prosedur terjemahan NewMark ialah pemindahan,persamaan budaya,neutralisasi,terjemahan

 literal,terjemahan label,naturalisasi,analisis komponen,pengurangan dan pengembangan,terjemahan

 sedia ada,parafrasa,nota makluman tambahan dan glos , kuplet dan pengklasifikasi.Prosedur pertama

 ialah pemindahan iaitu memindahkan perkataan bahasa sumber kepada bahasa sasaran.Prosedur ini

 ialah satu proses mengalih huruf daripada satu bentuk huruf kepada bentuk huruf yang lain

 (peminjaman).Contohnya, radio dan bank.

      Kedua, persamaan budaya iaitu menggantikan perkataan budaya bahasa sumber dengan perkataan

 budaya bahasa sasaran.Contohnya,pulut -Glutinous rice.Ketiga,neutralisasi .Terdapat dua pendekatan

 lain iaitu persamaan fungsian dan persamaan deskriptif.Persamaan fungsian ialah menjadikan istilah

 lebih umum.Contoh, buah durian,mangga ,jambu(local fruits). Persamaan deskriptif ialah terjemahan

 berbentuk huraian.Contoh,Perancis : Machette , English :"heavy instrument".Keempat,terjemahan

 literal melibatkan pasangan satu lawan satu dan turut peka kepada kehendak sistem tatabahasa bahasa

 sasaran.Contoh, I like that book ,Saya suka buku itu.Kelima,terjemahan label yang bersifat

 sementara.Prosedur ini ditulis dengan menggunakan tanda petikan ".......".Selepas perkataan ini

 diterima umum,maka tanda ini boleh dibuang.Contoh,'idea' , 'virus'.

      Keenam, prosedur Naturalisasi.Pemindahan ini berlaku melibatkan proses penyesuaian.Contoh,

 clinic -klinik , television-televisyen. Ketujuh, Analisis komponen. Cara ini ialah menyenaraikan

 komponen makna yang terkandung dalam perkataan. Kelapan,pengurangan dan

 pengembangan.Contohnya, Ali is very hardworking and kind but I'm greater than him -Saya lebih

 hebat daripada Ali. Kesembilan,terjemahan sedia ada iaitu merujuk kepada padanan dalam bahasa

 sasaran yang sedia ada untuk perkataan bahasa sumber. Contoh, United States of America , Amerika

 Syarikat.

      Kesepuluh, parafrasa. Proses ini adalah untuk memberi penjelasan dalam teks sumber apabila

 maksud yang disampaikan kurang jelas.Contoh, Hari keputeraan yang ke-76 Baginda Sultan Johor.

Terdapat beberapa bentuk dalam prosedur nota ,maklumat tambahan dan glos iaitu: 

-Tambahan pada teks

-Nota pada bahagian bawah halaman berkenaan

-Nota pada bahagian akhir bab 

Seterusnya, kuplet iaitu penggabungan dua,tiga atau empat prosedur terjemahan untuk menterjemah sesuatu perkataan bahasa sumber.

Akhir sekali,pengklasifikasi iaitu istilah umum ditambah oleh penterjemah untuk menerangkan istilah tertentu.

Contoh, ....terletak di Kuala Lumpur.

...located in capital city of Malaysia, Kuala Lumpur.


NIDA

Antara prosedur yang dicadangkan oleh Nida ialah terjemahan dinamik.Ini kerana anggapannya bahawa prosedur inilah yang lebih efektif.

Aspek-aspek penting dalam teori terjemahan Dinamis ialah:

-Penyalinan semula maklumat

-Persamaan lawan keserupaan

-Persamaan yang bersahaja

-Persamaan terdekat

-Keutamaan makna

-Kepentingan gaya


BAKER

   Baker mengutarakan prosedur terjemahan dengan perkataan yang lebih umum.Prosedur ini dapat

 menangani pelbagai jenis ketidakpadanan terutamanya dalam aspek makna.

    Selain itu, Baker juga mencadangkan prosedur terjemahan dengan perkataan yang lebih neutral atau

 kurang ekspresif , Terjemahan parafrasa dengan menggunakan kata yang berkaitan dan Pengguguran.


   Baker dan NewMark menggunakan prosedur atau kaedah yang sama dalam terjemahan iaitu parafrasa.


Definisi terjemahan pada pandangan Munday, dan Vinay&Darbelnet dan House ?

1) Terjemahan menurut pandangan Munday(2001:1) ialah pemindahan bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran dalam bentuk teks bertulis. Manakala terjemahan (Newmark, 1986: 5) ialah penyampaian makna  daripada teks kepada bahasa lain berdasarkan teks yang dimaksudkan.


Jadi mengikut penjelasan diatas, dapat disimpulkan bahawa terjemahan ialah satu siri tindakan yang dilakukan oleh penterjemah semasa menterjemah teks sumber (atau asal) (SL) ke dalam bahasa lain (TL).


Justeru, dapat dilihat setiap teori mempunyai pendekatan falsafahnya tersendiri khususnya yang berkaitan dengan penterjemah.


Dalam kajian terjemahan ini memiliko dua fokus dalam konsistensi pendekatan terjemahan iaitu terjemahan tertulis dam terjemahan lisan atau disebut juga interpreting atau interpretasi (Gille Munday, 2016: 8).


Seterusnya, di bidang bahasa, terjemahan memiliki 3 maksud. Diantaranya suatu kajian umum, suatu teks yang sudah diterjemahkan atau produk dan proses dalam menerjamahkan suatu teks (Munday, 2016: 8). 




2) Pada pandangan menurut Vinay dan Darbelnet menyatakan bahawa terdapat tujuh proses, atau prosedur utama. Inilah tujuh yang mereka hasilkan ialah peminjaman, calque, literal, transposisi, modulasi, padanan, adaptasi.


Menurut mereka, penterjemahan yang berorientasikan padanan merupakan prosedur dimana meniru (replicates) situasi yang sama dengan yang asal dan dalam masa yang sama menggunakan perkataan yang berbeza sama sekali. Satu situasi yang sama boleh diterjemahkan dengan dua teks menggunakan metod stilistik dan struktural yang berbeza.


Mereka juga menyatakan sekiranya prosedur ini diaplikasikan dalam proses penterjemahan, nescaya impak stilistik teks bahasa sumber akan dapat dikekalkan dalam teks bahasa sasaran walaupun menggunakan perkataan yang berbeza sama sekali.


Contohnya, apabila seorang amatur terketuk tangannya dengan besi, sekiranya dia adalah seorang Perancis, sudah tentu dia akan menjerit kesakitan aïe!, tetapi berlainan pula sekiranya dia adalah seorang Inggeris. Seorang Inggeris akan melahirkan rasa kesakitan dalam situasi ini dengan menyebut ouch!.


3) Terjemahan menurut House (243), terjemahan pada dasarnya adalah kegiatan pengalihan makna (dalam satuan unit linguistik) secara sepadan di semua bahasa. Artinya, dalam terjemahan, makna yang dialih harus tetap dipertahankan, iaitu dengan mempertimbangkan pemilihan padanan.


Perbincangan House (1977, hlm. 194) bertumpu kepada konsep penterjemahan terbuka (overt) dan penterjemahan tertutup (covert). Dalam penterjemahan terbuka, khalayak TT tidak ditujukan secara langsung. Justeru itu, tiada keperluan untuk mencipta semula teks asli kedua (second original). Tambah House (1977, hlm. 189), penterjemahan terbuka mestilah diterjemah secara terang-terangan. Sebaliknya, bagi penterjemahan tertutup, iaitu penghasilan teks merupakan padanan fungsian kepada ST, dan House mempertikaikan bahawa penterjemahan jenis ini tidak ditujukan khusus untuk khalayak budaya sasaran (TC).

Comments